SETIAP makhluk diciptakan berpasangan dan jangan bersedih jika anda masih sendirian, belum bertemu pasangan bersesuaian.
Jika baru memulakan persahabatan dengan seseorang, tiba-tiba telefon berdering dan menerima panggilan daripada si dia, apakah itu dianggap satu kebetulan?Dua manusia yang berasa diri mereka bagaikan ada jodoh, pasti memiliki ikatan emosi, kerohanian dan fizikal antara kedua-duanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suara, sudah dirasa getaran dan seolah-olah ingin terus bersamanya. Benarkah begitu?
Apakah petanda lainnya si dia itu jodoh kita atau sebaliknya? Barangkali petanda berikut boleh dijadikan panduan.
- Rahsia sepasang kekasih memiliki usia hubungan yang panjang adalah adanya sikap saling bekerjasama. Anda dan dia selalu dapat saling membantu dalam urusan remeh atau besar.
Paling penting adalah anda berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan bersama-sama. Semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa membabitkan orang lain. Adakah ia berlaku pada diri anda?
Jika ya, selamat kerana ada harapan si dia calon pendamping hidup anda.
- Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan anda. Cuba perhatikan gerak-gerinya, cara berpakaian, gaya rambut, cara berbicara serta tawanya. Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh anda.
- Adanya deria batiniah seolah dapat dibaca oleh si dia? Apabila anda atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaan antara satu sama lain pada situasi tertentu, mungkin dialah kebahagiaan yang dicari.
- Bersamanya dapat membuatkan perasaan menjadi tenang, selesa dan tanpa rasa tekanan yang membebankan. Berjam-jam bersamanya malah setiap waktu dan setiap hari langsung tidak mencetus rasa bosan, itulah petanda anda berdua kelak akan saling terikat.
- Dia sering di sisi dalam apa saja situasi. Dia juga sering memahami suka duka yang anda alami. Percayalah, pasangan yang mempunyai jodoh pasti tidak takut mengalami pasang surut dan suka duka saat bersama.
Ingat kembali, adakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala anda dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi anda terganggu? Dia tahu keadaannya waktu anda sakit? Jika ya, tidak salah lagi, dialah orangnya.
- Dia tidak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga anda, juga tidak peduli masa lalu anda bersama kekasih terdahulu. Dia juga tidak malu-malu menceritakan masa lalunya. Nah, jika begitu ini bererti dia sudah siap menerima anda seadanya.
- Setiap orang pasti memiliki kekurangan dan anda tidak malu memperlihatkannya pada si dia. Si dia pula tidak segan menceritakan kelemahan dan kekurangannya pada anda. Anda dan si dia barangkali memang ditakdirkan untuk bersama.
17 komen Tips Cinta Permalink Dipos oleh Haniey
Kenali hati, cinta lelakiMac 6, 2008
Romantis
Dalam persahabatan, segelintir pendapat mengatakan bergaul dengan lelaki sebenarnya lebih mudah berbanding bersahabat dengan golongan Hawa. Mungkin kerana lelaki itu sifatnya mudah bertolak ansur, lebih telus dalam persahabatan atau lebih berterus-terang dan tidak menyimpan perasaan terhadap sesuatu perkara.
Namun dalam soal cinta dan perhubungan serius yang menyangkut soal hati, bagaimana? Seperti kata ahli sosial, jika anda pandai menelusuri hati lelaki, sebenarnya jalan menuju kebahagiaan lebih mudah.
Jika anda ingin mencari cinta sejati, anda sendiri harus mengenali hati dan keperibadian mereka supaya hubungan itu lebih mudah.Berikut diperturunkan 14 perkara yang bersangkutan dengan golongan Adam supaya anda lebih peka mengenai beberapa perkara mengenali mereka.
Jika ia sesuai dijadikan panduan, terimalah ia dengan hati terbuka. Jika sebaliknya, anggaplah ia sebagai pengisi bahan bacaan anda di masa terluang.
1. Jika anda bertanya lelaki: “Adakah anda cintakan saya?” selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab “Ya, saya cintakan awak”.
Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti A. “Ya, rasa-rasanyalah” B. “Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?” C. “Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak” D. “Penting sangatkah?” dan E. “Siapa, saya?”
2. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri anda dan anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis paling menarik di dunia ini. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata.
3. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan anda tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan.
4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah.
5. Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan.
6. Setiap kali anda marah atau naik angin dengan si dia, dalam fikirannya lebih cenderung memikirkan: “Oh, dia ini pasti datang bulan.” sedangkan lelaki tidak sedar dirinya dimarahi kerana perangai atau tingkah lakunya sendiri yang menyakitkan hati.
7. Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan. Beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa.
8. Ada tiga perkara yang boleh membuat lelaki tertekan iaitu duit, kuasa dan seks.
9. Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan atau keluarganya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu penghinaan besar malah mungkin satu percubaan mensabotaj nama baiknya.
10. Lelaki cuma suka lafazkan ‘I love you’ pada peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita.
11. Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi jika ada lelaki lain yang tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu kerana katanya “Awak yang kuat melayan”.
12. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motosikal, topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran mereka.
13. Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel rambut atau menyikat rambut.
14. Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan. Jika dia melarikan diri apabila terserempak dengan keluarga atau sahabat handai anda, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya.
14 komen Tips Cinta Permalink Dipos oleh Haniey
Cara si dia menguji cintaMac 4, 2008
Demi menguji sejauh mana kesetiaan yang diberikan, si dia sanggup melakukan apa saja demi mempertahankan ketulusan cinta yang dibina.
ALAHAI lelaki, walaupun sudah berkali-kali si dia mengucapkan perkataan cinta, namun masih tidak cukup untuk membuktikan kesetiaan terhadap mereka.
Seandainya si dia memiliki kriteria yang diimpikan, tetapi bagi sesetengah jejaka itu bukanlah faktor yang membuatkan dia memilih kamu. Pelbagai cara dilakukan demi menguji kesetiaan yang dibina.
Tidak dinafikan, mereka mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri dalam mengenalpasti kesetiaan yang diberikan, sepanjang menjalinkan hubungan bersama teman wanitanya.
Yang pasti, dia akan cuba melakukan pelbagai cara dalam menentukan sama ada anda layak ataupun tidak bertakhta di hatinya.
Adakah si dia materialistik? Sering menjadi persoalan kebanyakan kaum lelaki. Untuk mengetahui sejauh mana tahap materialistik anda, mereka akan menguji dengan cara ini:
Memberi hadiah murah
Reaksi kamu: Sering bertanyakan soal harga, jenama, di mana membelinya dan tidak mahu sesekali menyimpan barang tersebut. Kamu gagal.
Reaksi kamu: Gembira dengan pemberian yang amat bermakna dan terus memakainya. Kamu lulus.
Mengajak menikmati hidangan yang murah
Reaksi kamu: Menolak ajakannya, tidak mahu menikmati hidangan yang disediakan dan menunjukkan rasa marah. Anda gagal.
Reaksi kamu: Tidak keberatan menunaikan permintaannya dan menikmati hidangan dengan penuh selera. Anda lulus.
* Perkara yang melemahkan perasaan wanita apabila diuji tahap cemburu. Sesetengah golongan lelaki sentiasa ingin mengetahui sejauh mana perasaan cemburu kekasihnya. Sama ada berat mahupun tidak, dia akan menguji dengan cara ini:
Mengenalkan kepada kamu bekas teman wanitanya.
Reaksi kamu: Mula mempamerkan wajah yang muram dan sering menanyakan tentang hal berkaitan keperibadian perempuan itu sebaik sahaja diperkenalkan. Anda gagal.
Reaksi kamu: Sentiasa menghulurkan senyuman bahkan memuji perempuan itu di hadapannya. Anda lulus.
Menelefon wanita lain di hadapan kamu
Reaksi kamu: Marah dan mengatakan bahawa kamu tidak suka dia menelefon perempuan lain. Anda gagal.
Reaksi kamu: Bersikap tenang seolah-olah hal itu bukan suatu masalah yang besar. Anda lulus.
Hubungan bekas teman lelaki. Rasa ingin tahu sejauh mana hubungan kamu dengan bekas teman lelaki adalah cara dia mengetahui sejauh mana cinta kamu terhadapnya. Ia akan menguji dengan cara ini:
Bertanyakan khabar bekas teman lelaki
Reaksi kamu: “Oh, dia semakin sihat, kami baru saja berjumpa pada minggu lepas”. Anda gagal.
Reaksi kamu: “Kenapa saya perlu mengetahui tentang khabar si dia, sedangkan hati saya telah dimiliki”. Anda lulus.
Adakah kamu masih menjalinkan hubungan dengannya?
Reaksi kamu: Marah sambil mengutuk keburukan bekas kekasih. Anda gagal.
Reaksi kamu: “Kami masih berkawan, tetapi tidak serapat seperti dahulu”. Anda lulus.
Mengukur tahap kesetiaan. Demi menginginkan kejujuran dan kesetiaan daripada insan yang paling disayangi, si dia akan menguji kesetiaan kamu dengan cara berikut:
Pergi melancong
Reaksi kamu: Tidak pernah menghubungi si dia atau tidak pernah bertanyakan tentang dirinya dan lebih memberi keutamaan kepada teman-teman lain. Anda gagal.
Reaksi kamu: Menghubungi si dia setiap masa dan saling mengotakan janji. Anda lulus.
Meminta bantuan temannya untuk menggoda kamu
Reaksi kamu: Menerima pujukan temannya dan keluar makan bersama. Anda gagal.
Reaksi kamu: Menolak godaan temannya dan mengatakan kamu tidak tertarik dengan pujuk rayu itu. Anda lulus.
Sumber: www.kompas.com
8 komen Tips Cinta Permalink Dipos oleh Haniey
Kekasihmu Milik OrangFebruari 27, 2008
“GERAMNYA! Ingatkan selama ini dia berlaku jujur tetapi rupa-rupanya lidah bercabang”. Itu antara ungkapan pertama yang akan dilemparkan setelah mendapat tahu si dia kekasih hati, rupa-rupanya milik orang.
Lebih menambah kemarahan di hati apabila mengetahui si dia sudahpun berumah tangga dan mempunyai cahaya mata.
“Kenapa aku tidak diberitahu lebih awal” atau “Mengapa ini yang terjadi”, adalah antara persoalan yang bermain di kotak fikiran anda ketika itu.
Intim minggu ini berkongsi tip bagaimana mengesan keperibadian yang tersurat pada diri seorang lelaki menerusi sikap dan tingkah lakunya.
Cuba alih renungan wajahnya
Sewaktu berbual, si dia cuba mengelak daripada memandang tepat ke wajah anda kerana bimbang pembohongannya dapat dikesan. Kata orang, apabila seseorang telah melakukan kesalahan, hatinya akan berasa resah bagai tidak menentu apabila berbicara.
Elak berjumpa di tempat awam
Si dia jarang mengajak anda keluar makan bersama di kawasan yang terbuka seperti pusat beli-belah atau di restoran. Perbuatan ini dilakukan kerana si dia khuatir sekiranya tindakan itu akan dikesan oleh orang lain yang mengenali dirinya.
Bagi menjaga statusnya sebagai suami atau kekasih orang, si dia sanggup membeli sahaja makanan dan menikmatinya di dalam kereta.
Bola mata tidak ketentuan
Ketika anda dan si dia sedang menikmati kemesraan kala berjumpa, posisi bola matanya dilihat tidak tentu arah. Sekejap ke kanan dan beralih pula ke kiri bagai memerhati dunia di sekeliling.
Ini mungkin kerana si dia bimbang terserempak dengan rakan-rakannya atau saudara mara kekasih mahupun isterinya.
Sukar untuk dihubungi
Setiap kali menelefonnya, si dia sentiasa sibuk atau mungkin berada di luar kawasan liputan. Si dia kerap kali sukar dihubungi melalui telefon bimbitnya walaupun menggunakan dua atau lebih daripada satu talian telefon. Ini kerana si dia hendak menyembunyikan rahsianya daripada terbongkar.
Merahsiakan alamat dan nombor telefon rumahnya
Anda tidak pernah diberitahu di mana si dia tinggal, tempat kerjanya dan nombor telefon rumahnya. Segala maklumat penting itu seolah-olah ingin dirahsiakan daripada kamu.
Paling ketara, sewaktu si dia berada di rumah. Intonasi ketika berbual menerusi telefon amat berbeza. Si dia tiba-tiba mengubah topik perbualan dan meletakkannya dengan cepat.
Elak berjumpa orang tuanya
Si dia yang telah pun berpunya juga tidak pernah atau tidak akan sesekali menjemput anda datang ke rumahnya atau berjumpa dengan orang tuanya. Ini kerana dia bimbang, rahsianya akan terbongkar.
Pengalamannya begitu luar biasa
Pengetahuan tentang isi hati wanita agak luar biasa kerana dia memiliki banyak pengalaman berdampingan dengan wanita lain. Pandai memujuk dan bijak menyelongkar rahsia dalaman wanita, antara kelebihan yang ada pada dirinya.
‘Kegatalan’ yang melampau
Sewaktu bersama anda, si dia berani melakukan sesuatu tanpa disedari. Ini kerana si dia mungkin dikongkong oleh teman wanita atau isterinya. Oleh itu, anda seharusnya berhati-hati dan ambil tindakan berjaga-jaga dengan sikap lelaki yang seperti ini.
Masa yang terhad
Disebabkan banyak komitmen yang perlu ditunaikan, si dia begitu sukar untuk bertemu dan meluangkan masa berbual di telefon.
Menyedari masalah itu, kamu pula yang terpaksa mengikut masa yang dia tetapkan. Alasannya, dia sibuk, sedangkan dia sebenarnya menemani wanita lain.
Menjauhi perbualan telefon
Bila telefonnya berdering, si dia akan beredar ajak jauh daripada anda atas alasan takut perbualannya didengari. Untuk menyelamatkan diri, dia sanggup berjalan jauh.
Sumber: Kosmo
10 komen Tips Cinta Permalink Dipos oleh Haniey
Kekasih Cemburu ButaFebruari 18, 2008
Oleh NOOR HASLIZA NUSI
Cemburu seringkali berlaku di kalangan orang yang sedang bercinta. Baik lelaki mahupun wanita, pasti akan berhadapan dengan situasi yang getir ini.
SETIAP kali berbicara mengenai cemburu, tentunya ramai yang menuding jari ke arah wanita. Padahal, baik lelaki mahupun wanita, pasti akan berhadapan dengan situasi yang sama.
Sukar untuk dipastikan sama ada cemburu si dia bertujuan untuk melindungi hubungan yang sekian lama dibina atau hanya sekadar mendatangkan masalah.
Tetapi, awas! jangan terlalu menjadi hamba cemburu, takut nanti anda pula yang merana. Intim minggu ini berkongsi 10 tanda-tanda cemburu buta yang mungkin di antaranya terbuku dalam hati dan sanubari si dia.
* Beremosi keterlaluan
Setiap minit dan jam, si dia pasti menelefon anda tanpa rasa jemu. Malah, si dia akan marah sekiranya anda tidak menjawab panggilan telefon atau tidak membalas mesej yang dihantarnya menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
* Sering melemparkan tuduhan
Si dia seringkali melemparkan tuduhan secara melulu terhadap anda tanpa mempunyai bukti yang kukuh. Keadaan berlaku sekiranya si dia mendapat tahu anda berada bersama rakan-rakan.
Sikap cemburunya yang keterlaluan menyebabkan dia lebih percaya bahawa anda sedang berdampingan dengan teman lelaki atau wanita lain, bukannya rakan taulan. Perbuatannya itu membuatkan dia berani melemparkan kata-kata kesat.
* Cuba mencari kesalahan anda
Sikap cemburu menjadi-jadi apabila si dia mula mengintip ke mana sahaja anda berada. Sama ada di pejabat mahupun di rumah, si dia sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan setiap hari. Paling menjengkelkan, si dia cuba mencari kesalahan anda.
* Sanggup bunuh diri
Ucapan ‘bunuh diri’ sentiasa bermain di bibirnya. Si dia seringkali mengatakan ingin membunuh diri sekiranya cinta yang diberikan olehnya tidak berbalas, lebih-lebih lagi apabila anda memutuskan mahu meninggalkannya.
* Sentiasa ingin bersama
Setiap masa, si dia hanya mahukan anda berdampingan dengannya dan begitu marah sekiranya mendapat tahu anda keluar bersama rakan-rakan tanpa mengajaknya sekali. Perbuatannya itu menyebabkan rakan-rakan anda hampir terkena tempias perbuatannya itu.
* Anti sosial
Tidak dinafikan, anda seorang wanita atau lelaki yang mempunyai penampilan menarik. Si dia amat bimbang sekiranya ada lelaki atau wanita lain tertarik pada diri anda. Ini menyebabkan si dia tidak gemar berparti atau menghadiri majlis sosial yang dianjurkan rakan-rakan sepejabat. Takut nanti, anda terlepas daripada genggamannya.
* Wartawan dan polis
Sekiranya terdapat tindak tanduk anda yang mencurigakan, si dia akan menyoal anda seperti seorang anggota polis ataupun wartawan. Contohnya, ke mana anda pergi, dengan siapa, kenapa pergi ke sana atau balik pukul berapa.
* Suka buruk sangka
Biarpun anda mempunyai niat atau matlamat yang baik untuk menambah duit poket dengan bekerja lebih masa, namun baginya anda sekadar mahu berseronok dengan kawan-kawan atau semata-mata ingin mengambil kesempatan daripada alasan itu.
* Takut dipermainkan
Jangan terkejut apabila si dia mula berani menyelongkar dompet atau beg tangan anda untuk mencari bukti sama ada anda bermain kayu tiga atau bersikap lidah bercabang. Biarpun pada hakikatnya, anda tidak pernah mempunyai niat seburuk yang disangka itu.
* Pantang telefon berdering
Setiap kali telefon berbunyi, si dia akan merampas telefon daripada anda dan terus menjawab panggilan yang diterima. Paling memeranjatkan, si dia bertindak berani mematikan suis telefon, atas alasan bunyi deringan menganggu anda dan si dia sewaktu bersama.
Sekiranya anda telah berusaha sedaya upaya mengubah situasi ini tetapi pasangan tetap tidak dapat mengawal sikap cemburunya, kaunseling adalah jalan terakhir untuk menyelamatkan hubungan anda. Sekiranya masih berlarutan dan membebankan anda, jalan penyelesaian terbaik ialah memutuskan sahaja perhubungan.
Sumber: Kosmo!
9 komen Tips Cinta Permalink Dipos oleh Haniey
Jenis-jenis CoupleFebruari 4, 2008
Awek cun + balak hensemIni couple rileks sahaja. Tiada menunjukkan public affection yang berlebihan. Olang lain pun sinang melihat meleka. Awek cun + balak tak hensemKebanyakan awek yg cun mesti mendapat balak yang tidak hensem. Silapelhatikan balak itu, ada satu macam muka bangga sebab dia punya amoi cun. Kadang-kadang itu balak mesti pakai spec hitam mau kasik nampak sikit hensem. Boleh diperhatikan juga, itu balak suka buat lawak talak kelaka mau kasik tambat hati aweknya itu (tapi itu awek jalang ketawa, cuma senyum manis sahaja). Selalunya juga, balak itu mempunyai dompet yang tebal. Awek tak cun + balak hensemLu boleh nampak itu awek mesti pegang kaw-kaw tangan balak dia yang hensem tamau kasik lepas. Wa pun tatau apa hat. Public affection yang terlampau2 juga akan dilakukan oleh itu awek tersebut terhadap balaknya. Boleh diperhatikan jua kadang2 itu balak hensem pun ada sikit segan sama itu awek punya tingkatlaku. Lepas itu aa, kalau ada amoi cun lalu tepi, ini awek tak cun mesti kasik jelingan maut terlhadap itu amoi cun. Selupa mau makan olang… Inseculity ploblem.. Awek tak cun + balak tak hensemIni couple talak sapa pedulik punya..no komen.. Group of girls + 1 guySelalunya berlaku di kedai makan.. Seolang lelaki di kelilingi kawan-kawan pelempuan nya. Sungguh selonok kalau dapat mendengar perbualan meleka. Lu akan pelasan, sambil meleka makan, itu lelaki mesti cakap paling banyak sambil buat lawak talak kelaka (tapi kawan2 pelempuannya mesti ketawa jugak) Awek cun berpakaian seksiAkan lamai olang melihat awek ini. Tetapi awek ini talak kisah sebab besar kemungkinan dia sulah biasa mendapat pandangan seperti itu. Awek seksi ini suka menunjukkan buah-buahan di dada nya, atau pusat nya di khalayak lamai kelana dia tau badan nya ada powah.. Seperti juga lu ada keleta cantik ka lumah besar ka jam balu ka mesti kasik olang tengok, so boleh pelasaan ada happy. ini awek pun sebegitu jua. Awek tak cun berpakaian seksiHoiyoooo ini manyak keji punya polumpuan. Lu balang talak cantik kasik tutup mahh, jangan bikin olang lain saakit mataa. Ini spesis juga suka menipu dili sendili dengan mengatakan “I wear sexy and I feel good” ataupun “I have the right to wear anything I want”… Sememangnya meleka melasakan bahawa berpakaian seksi boleh menjadikan meleka jadi lagi lawa.. Wa tidak lasa begitu. Huduh akan tetap huduh. Tetapi jikalau huduh & sexy?? Tepuklah lu punya dada tanya selera ada lalu ka Tatau apa mau cakap lagi woo..
Sumber: Forwarded Email by Hasliza
21 komen Tips Cinta Permalink Dipos oleh Haniey
Tips Untuk Membina Pesona Diri (Untuk Wanita)Januari 23, 2008
Anda cemburu melihat kawan anda dikelilingi lelaki sedangkan anda hanya terkebil-kebil keseorangan. Dia ada aura..daya penarik. Tapi itu yg difikirkan anda sedangkan anda sendiri boleh membina daya penarik itu pada diri anda.
Di sini ada tips-tips yg boleh anda ikuti untuk membina pesona diri anda dikalangan lelaki…
1. Lelaki suka kepada wanita yang yakin pada dirinya. Jadi jika anda yakin pada diri anda, suka pada diri anda dan dapat menerima diri anda sendiri seadanya, maka lelaki juga akan mudah menyukai diri anda. Walaupun anda berparas rupa sederhana, keyakinan anda akan menyerlahkan suatu pesona yg luar biasa. Lelaki tidak suka akan perempuan yg asyik merungut tentang hidungnya yang tidak mancung atau tubuhnya yg rendah kerana sememangnya kejadian Tuhan tidak boleh dipinda. Bersyukurlah! 2. Belajar untuk berdikari. Sesetengah lelaki menganggap wanita yg pandai berdikari mempunyai pesona yg tersendiri. Lelaki tidak suka wanita yang asyik bergantung pada orang dan sentiasa mengharapkan pertolongan lelaki. Tetapi ada juga sesetengah lelaki yg amat suka wanita yg manja dan sentiasa memerlukannya. Dia akan berasa dirinya hebat apabila dapat memberi pertolongan kepada wanita. Jadi, sesuaikan diri anda mengikut keadaan. Kalau nak tukar tayar kereta, apa salahnya meminta tolong pada kawan lelaki. Lagipun mana ada wanita yang ’superwoman’? 3. Jangan berpura-pura bodoh untuk memikat hati lelaki. Untuk apa? Adakah anda suka memikat lelaki yg bodoh pula? Jadilah diri anda sendiri..tapi janganlah pula berlagak pandai dalam segala hal kerana ia hanya menjengkelkan. Oleh itu, gunakan kebijaksanaan anda dengan bijaksana juga! 4. Jaga penampilan diri anda dengan memakai pakaian yg anda selesa memakainya. Jangan terikut-ikut dengan perkembangan fesyen utk nampak cantik kerana tidak semua fesyen sesuai untuk anda. Anda mungkin menjadi mangsa fesyen dan nampak hodoh! Terus merudum pesona anda! 5. Jangan terlalu rendah diri jika anda tidak cantik seperti artis atau model. Lagipun, anda sendiri tidak mengharapkan lelaki yg bakal menjadi pasangan anda utk kacak seperti Brad Pitt. Jadi, pastikan anda sentiasa selesa dengan diri anda. Wanita yang sentiasa berfikiran negatif terhadap dirinya pasti hanya akan memancarkan aura negatif di persekitarannya. Cara utk mengatasi perasaan rendah diri ini, cuba imaginasikan diri anda seorang puteri dan berjalan, berdiri, makan dan melakukan sesuatu seperti seorg puteri yg hebat. Ambil contoh Paris Hilton. Tak semua lelaki akan menganggap dia mempesonakan jika dia berfikiran negatif terhadap dirinya dan asyik terperuk dalam sangkar emasnya. Tetapi kerana dia yakin dirinya seperti seorang ‘princess’ dan ‘act like a princess’ dia menyerlahkan pesona dirinya yang begitu hebat! 6. Sekiranya anda ke majlis keramaian, cuba untuk masuk ke dalam kumpulan kawan-kawan lelaki anda dan berbual-bual. Lelaki lain akan berasa hairan mengapa ada seorg wanita yang nampak mesra di dalam kelompok lelaki. Tentu ada sesuatu yang menarik pada diri anda dan membuat lelaki itu pula tertarik untuk mendekati anda. 7. Beri perhatian kepada penampilan lelaki yang cuba anda dekati. Sekiranya dia membuat potongan rambut baru yg nampak menawan atau memakai tali leher yg cantik, pujilah dgn ikhlas. Lelaki selalu berusaha utk nampak menarik tetapi jarang mendapat pujian. Jadi pujian anda tentu membuat dia rasa bangga dan gembira. 8. Jangan sesekali minum alkohol. Perbuatan ini sudahlah haram disisi agama malah akan memabukkan anda. Sekiranya anda mabuk, sudah tentu anda akan bercakap merepek-repek dan membuat anda kelihatan amat murah dan meloyakan.. 9. Pupuklah sikap menghargai. Ucapkan terima kasih pada perkara-perkara yg kecil sekalipun. Senyumlah di kala anda meluahkannya. Ia membawa makna yang besar. 10. Tanya lelaki tentang pekerjaannya dan hobinya. Dengar dengan teliti apa yang dikata dan ramahlah bertanya soalan tentang perkara-perkara yang diminatinya. Tentu lelaki itu seronok berbual-bual dengan anda. Anda pun secara tidak langsung mendapat pengetahuan baru tentang dunia lelaki! Mana tahu dia mengajak anda menyertai team futsalnya dan ini memberi peluang kepada anda utk lebih mengenalinya! 11. Relaks dan selesakanlah diri anda apabila bergaul dengan ramai orang. Semakin anda selesa dengan diri anda, semakin selesa orang yang berada disekeliling anda terhadap diri anda. Anda hanya akan kelihatan kelam-kabut sekiranya anda gemuruh. 12. Sekiranya anda berusaha menarik perhatian seseorg lelaki, pastikan anda berdua memang sesuai dan sepadan di antara satu sama lain. Membuang masa sekiranya anda membuat seorang lelaki itu ‘perasan’ atau jatuh hati pada anda tetapi kemudian anda menyesal gila asyik dikejarnya!! Ingat, pesona anda bukan bertujuan utk mempermain-mainkan hati lelaki dan juga bukan utk digunakan utk test market! 13. Semasa berbual-bual dengan lelaki, jangan mengumpat atau bercakap buruk tentang wanita lain kerana lelaki hanya akan menganggap anda cuba membuat dia berfikiran negatif terhadap wanita lain. Ini akan memburukkan pesona diri anda.
14. Setelah berbual-bual, berikan kata-kata ‘pesona’ kepadanya seperti “Saya suka betul berbual-bual dengan awak..rasa seronok dapat berkenalan dengan awak. Boleh tak kita saling keep in touch selepas ini?”..Tentu hati lelaki itu rasa bangga dan dalam masa yg sama ‘cair’…hehehehe 15. Jangan asyik muncung di dalam majlis. Nanti orang kata kita sombong. Senyumlah selalu dan mungkin senyuman anda membuat seorang lelaki tertawan! Senyuman adalah sedekah yg paling murah tetapi berharga! Ia mungkin pesona anda yg tersembunyi! 16. Jika anda berada bersama seorg lelaki yg anda minati, anggaplah dia sebagai seorg kawan dan pasti dapat mengurangkan debaran jantung anda apabila berada dekat dengannya. 17. Jangan sesekali meminta lelaki membeli hadiah itu dan ini kepada anda. Contohnya anda mendengar khabar dia akan Perth, Australia. Anda pun sibuk memujuk dia membeli ole-ole mahal dan suara anda yg kasar terus berubah manja. Lelaki tentu menganggap anda seorang ‘gold digger’ atau perempuan materialistik kerana anda sanggup meminta hadiah darinya walaupun anda tiada kaitan dengannya langsung. Lelaki akan lebih menghormati seorang wanita yg tidak meminta-minta. Jika dia mengambil berat tentang diri anda dan menganggap anda seorg yg istimewa, pasti dia akan ingat pada anda dan akan tergerak utk membeli sesuatu utk anda walau anda tidak memintanya. Kejutan seperti ini adalah lebih menyeronokkan. Anda dan dia sama-sama teruja!
18. Lelaki amat suka pada wanita yg berfikiran terbuka dan dapat gelak bersama-sama pada lawak jenaka mereka. Wanita yg mudah tersinggung atau terlalu serius membuat lelaki jadi rimas. Tetapi kita juga perlu ingat setakat mana kita boleh berfikiran terbuka kerana kita bukan seperti orang Barat yg dapat menerima segalanya. 19. Seorang wanita yg pandai bergurau dan memiliki ’sense of humour’ yg tinggi merupakan seorg wanita yg mempesonakan pada pandangan sesetengah lelaki. Seperti wanita, lelaki juga suka dihiburkan dengan cerita-cerita jenaka dan bila wanita dapat membuat seorg lelaki itu ketawa, itu tandanya wanita itu memang mempunyai aura pesona yg tersendiri. Selain lawak jenaka, apa salahnya jika sekali-sekala wanita pula mengusik lelaki dan membuat mereka tersipu malu..(suka tapi malu!) Kadang-kadang gurau senda dan usik-mengusik dapat menjalin hubungan yg lebih mesra.
20. Bila berbual-bual dengan lelaki yg anda minati, jangan asyik bercakap tentang diri anda. Dan jangan membolot perbualan sehingga tiada ruang untuk dia mencelah. Selain itu, terlalu pendiam pula membuat lelaki itu cepat bosan atau kehabisan idea utk berbual-bual dengan anda. Oleh itu berpada-padalah dalam percakapan. Dari segi psikologi, seseorg individu memang suka bercakap-cakap tentang dirinya. Jadi, biarlah dia puas bercakap tentang dirinya dan selepas itu barulah anda bercakap tentang diri anda. Walaupun mungkin dia menceritakan A-Z tentang dirinya, janganlah anda pula beritahu segala-galanya tentang diri anda. Simpanlah sedikit supaya diri anda ada ‘aura’ dan ‘pesona’ misteri.
21. Awas! Jangan sesekali bercakap besar tentang diri anda atau menceritakan segala kenangan indah anda bersama bekas teman lelaki anda. Sejarah silam anda perlu dilipat kemas kecuali dia bertanya bersungguh-sungguh. Itupun berikan secara umum sahaja. Sesetengah lelaki memang suka mengorek atau ingin tahu siapa lelaki-lelaki yg pernah hadir dalam hidup anda. Sekiranya anda bercakap besar dan menceritakan betapa bertuahnya anda pernah bercinta dengan si A dan si B yg hebat, anda tersilap langkah!! Pesona anda bukan semakin naik tetapi semakin menjunam. Walaupun mereka ingin tahu, tiada lelaki yg suka dibanding-bandingkan dengan lelaki yg lain. Mungkin mereka berasa hebat sekiranya dapat memiliki anda yg pernah bercinta dengan orang-orang yg hebat, tetapi perasaan itu hanya sementara sahaja dan selepas itu mereka akan dihantui dengan perasaan cemburu dan syak wasangka terhadap anda.
22. Jika anda terserempak dengan lelaki yang anda minati, ramahkan diri anda menegurnya walau bercakap Hai! Atau senyumlah padanya. Walaupun perkara ini nampak kecil, tetapi lama-lama si dia akan sedar akan kehadiran dan kewujudan anda dan mungkin dia pula yg akan menegur anda dahulu dan mengajak anda minum petang di ‘mapley’ berhampiran pejabat!
23. Jual mahallah sedikit..Jangan nampak seperti kita pula terlebih-lebih mahu mengenalinya. Jika anda dan dia bertukar-tukar nombor telefon, pastikan anda menunggu dia menelefon anda atau menghantar sms kepada anda terlebih dahulu. Wanita yang jinak-jinak merpati memang mempunyai daya pesona yg tinggi dan mencabar lelaki utk memilikinya. Tapi jangan terlebih jual mahal..takut nanti langsung tidak laku..hehehee!! Gunakan ‘common sense’ utk memberi respon yg sewajarnya.
24. Menghormati lelaki. Seperti wanita yg ingin dihormati, lelaki juga begitu malah lebih lagi kerana mereka memiliki ego yg tinggi. Respek amat penting bagi lelaki. Wanita yg tidak menghormatinya atau mengejek-ejek kebolehannya membuat ego mereka tercalar. Oleh itu, hormatilah pendiriannya, kerjayanya, pemikirannya dan impiannya. Dan walaupun anda berasa dia tidak mampu, sekurang-kurangnya berikan dia sokongan utk dia mencapai cita-citanya dan beritahulah padanya bahawa anda percaya akan kebolehan dia. Kata-kata semangat dari anda membuat dia bertambah hormat pada anda. Jadi anda dan dia dapat saling hormat-menghormati. Wanita yang dihormati lelaki adalah wanita yang pasti mempunyai pesona. 25. Peganglah pada janji. Semua orang suka individu yang bersikap jujur dan amanah. Jika kawan lelaki anda menceritakan rahsia peribadinya pada anda, janganlah anda menjaja ceritanya pada org lain utk mendapat tumpuan. Memanglah si penyebar gossip akan popular, tetapi mahukah anda menjadi popular seperti itu? Sekiranya bocor rahsianya sehingga satu pejabat tahu, sudah pasti dia mengesyaki anda sebagai dalangnya. Anda bukan mendapat pesona tetapi kutukan!
26. Dalam perbualan anda dengan kelompok rakan lelaki anda, janganlah asyik berkata tidak tahu apabila ditanya tentang sesuatu. Kalau tak tahu memang wajarlah kata tak tahu tetapi kalau semuanya tak tahu, mereka akan mengganggap anda wanita yg tidak bijak dan susah di bawa ke dalam majlis. Kalau mereka berhasrat ingin berkenalan dengan anda pun, terencat hasrat mereka. Pesona anda hilang! Oleh itu, cuba belajar untuk peka pada persekitaran dan isu-isu semasa supaya anda dapat menyelit dalam perbualan kawan-kawan lelaki anda dan memberikan pendapat bernas bila ditanya. Banyakkan membaca terutamanya suratkhabar! Membaca meluaskan pengetahuan. Jika anda tidak tahu tentang sesuatu perkara, jangan pula malu utk bertanya. Malu bertanya sesat jalan pula…
27. Jika di tempat kerja anda ada majlis anjuran syarikat, apa salahnya menawarkan diri untuk membantu. Apabila anda bekerjasama dalam satu pasukan yg hebat dan kerja yg dihasilkan juga hebat, pasti anda juga akan terkena tempias pujian. Orang akan mengenali anda dan secara tidak langsung meningkatkan pesona diri anda.
28. Begitu juga jika anda ada bakat terpendam. Jangan sia-siakan kerana bakat adalah satu pesona. Anda tidak perlu menjadi penyanyi dan pelakon utk menonjolkan bakat. Jika anda pandai menyanyi, sertailah aktiviti karoeke anjuran tempat kerja anda. Kalau pandai berlakon, sertailah lakonan utk aktiviti hari keluarga anda. Jika anda ada bakat sebagai MC atau pengerusi majlis, tawarkan diri anda untuk mempengerusikan sesuatu majlis yg diadakan. Dengan cara ini, pesona diri anda akan menyerlah dan orang ramai akan lebih mengetahui akan kewujudan anda dalam sesuatu organisasi. Peluang untuk anda mengenali ramai org pun akan lebih cerah. 29. Jika berbual-bual dengan lelaki yg anda minati, pastikan perbualan itu ada topik yg menarik dan tidak hambar. Utk lebih fun and funny, selitkan sedikit game dalam perbualan tersebut. Anna suka tanya soalan macam..” Describe urself in one word” dan entah kenapa trik tu selalu menjadi kerana lelaki2 yg anna tanya tu pasti berfikir panjang dan akhirnya tergelak-gelak semasa memberi jawapan. Jawapan yg diberikan mesti lucu dan ini dapat ‘break the ice’! One point extra!
30. Jika anda pernah berbual-bual dengan seorg lelaki tentang sesuatu perkara, lain kali bila bertemunya tanyalah soalan yg berkaitan dengan perkara tersebut. Contohnya, dia pernah beritahu anda akan menyertai pertandingan menembak. Jadi, tanyalah tentang kejuaraan tersebut. Jika dia menang tempat pertama ’sharp shooter’, ucapkan tahniah kepadanya. Perkara-perkara kecil sebegini dpt memberi makna yg besar.
31. Jangan hipokrit. Jujurlah dengan diri sendiri dan pada org lain. Jangan kerana anda ingin memikat seorang lelaki, anda bersetuju dengan semua kata-katanya. Jika anda benci menonton ESPN, janganlah menipunya dengan mengatakan saluran itu saluran kabel kegemaran anda. Cakap sajalah anda tidak suka menonton bola sepak tetapi tidak bermakna anda tidak mahu mengambil tahu tentangnya. Jika anda benci kucing, janganlah berpura-pura menyayangi kucing jalanan di kaki lima di depannya hanya kerana anda tahu dia amat menyukai kucing. 32. Pikat lelaki dengan masakan. Cubalah risik pada kawan2 lain apakah makanan kegemaran lelaki yg anda minati. Kemudian cubalah memasak makanan tersebut dan bawalah masakan tersebut di pejabat utk dikongsi bersama teman-teman sepejabat dan si dia. Manalah tahu anda menepati ciri-ciri wanita idaman hati!
33. Jangan sesekali merendah-rendahkan lelaki tentang ketidakmampuannya samada melalui perbuatan atau kata-kata. Contohnya jika kawan lelaki anda tidak mampu membeli kereta, janganlah asyik mengungkit-ungkit tentang ketidakmampuannya atau menyindirnya. Suatu hari nanti mungkin anda terdesak memerlukan pertolongannya dan motor dia juga yg anda tumpang!
34. Lelaki akan lebih respek pada wanita yg menjaga kesopanannya terutama dalam segi pergaulan dan penampilan diri. Wanita yang berpakaian terlalu menjolok mata hanya akan memberi tanggapan pada lelaki bahawa wanita tersebut terlalu bergantung kepada kecantikannya semata-mata utk mendapat perhatian. Jadi, berpakaianlah secara ‘modest’ tetapi ada kelas. Wanita sebegini lebih mempesonakan. Bak kata kawan2 anna pada wanita yg berpakaian sopan..”She’s a lady! Respect her like a lady!”
35. Jangan selekeh. Anda tidak perlu membeli pakaian atau alat solek yg mahal utk kelihatan menarik tetapi cukuplah sekiranya anda sentiasa menjaga kebersihan dan kekemasan diri. Walau sibuk mana pun anda, curi masa utk melayan diri anda seperti membasuh rambut, memotong kuku, membuang ‘misai’ jika ada, merawat muka, memakai losyen badan, merawat tumit kaki yg pecah dan sebagainya…Semua ini boleh dilakukan sendiri di rumah. Begitu juga dengan pakaian. Pastikan pakaian anda sentiasa bersih dan bukan dipakai berhari-hari baru basuh. Kebersihan diri anda perlu dijaga.
36. Jika anda meminati seorg lelaki dan dia semacam tahu niat anda utk mendekatinya tetapi malangnya tidak memberi respon atau telah berterus-terang pada anda bahawa dia tidak mahu sebarang hubungan atau komitmen dengan sesiapa pun saat itu, abaikan saja dia..Tidak ada cara utk mengubah pendiriannya itu yg keras seperti batu. Tak perlulah anda mengeluarkan semua pesona diri anda untuk memikatnya. Lupakan dia..dan teruskan kehidupan seperti biasa. Lagipun, anda telah belajar pelbagai tips utk menyerlahkan pesona diri anda dan pasti di luar sana ada banyak lelaki yg lebih menghargai diri anda!!
Oleh: Adriana
5 komen Tips Cinta Permalink Dipos oleh Haniey
10 Sikap ‘Terlalu’ Yg Harus Dihindari Dalam PerhubunganJanuari 17, 2008
Sikap ‘terlalu’ ini sangat berbahaya dalam perhubungan sekiranya tidak dikawal. Ia mungkin dapat menjejaskan hubungan yang harmonis atau menjadi penyebab pertengkaran yang berulang pada sesebuah hubungan. Oleh itu lebih baik kita menyelidik diri sekiranya kita menghadapi gejala ‘terlalu’ dalam diri kita.
10 ‘terlalu’ yang membahayakan ini ialah:
1. Terlalu ManjaSifat manja wanita sering dikaitkan sebagai suatu daya tarikan tersendiri. Banyak lelaki yang menyukai kemanjaan kekasihnya, kerana ia dapat membangkitkan sifat melindunginya.
Namun jangan kemanjaan tersebut berlebihan. Wanita yang terlalu manja seumpama anak kecil yang mengada-ngada. Paling teruk karenah wanita yang terlalu manja kelihatan buruk di depan umum. Pasti akan memalukan teman lelakinya.
2. Terlalu Tertutup
Demikian pula dengan sikap terlalu tertutup, hal ini akan menghambat komunikasi. Padahal komunikasi sangat penting bagi menjaga keharmonisan setiap hubungan. Baik lelaki mahupun wanita ingin mengetahui pengalaman, perasaan dan keinginan pasangannya.
3. Terlalu TerbukaOrang yang bersikap umumnya menyenangkan dan mesra. Namun sikap yang terlalu terbuka juga kadangkala menjadi tidak menyenangkan. Orang yang terlalu terbuka biasanya mengungkap isi hatinya tanpa melihat situasi dan keadaan, sulit menyimpan rahsia dan yang lebih buruk adalah kebiasaan bicara dulu , berfikir kemudian serta melampau had sempadan.
4. Terlalu Cerewet
Ada sebahagian wanita yang kurang menyedari, betapa buruknya wanita yang terlalu cerewet. Jika seorang ibu cerewet kepada anaknya yang masih kecil mungkin masih dapat dimaafkan. Namun cerewet kepada kekasih amat menyesakkan, meskipun dengan alasan “Kerana aku sayang padamu”.
5. Terlalu SensitifWanita yang terlalu perasa atau sensitif akan membuat kekasihnya merasa tidak bebas untuk mengungkapkan perasaanya, kerana takut melukai hatinya. Padahal dalam hubungan cinta yang sihat kedua belah pihak seharusnya saling mengungkapkan perasaannya dengan bebas.Kadangkala gurauan juga dapat mengguris perasaan wanita yang terlalu sensitif sehingga pasangannya tiada mood untuk berlawak jenaka bagi menceriakan suasana.
6. Terlalu MengongkongLelaki memerlukan kebebasan atau ruang untuk melakukan aktiviti yang disukainya, untuk menekuni apa yang dipelajarinya, untuk bergaul dengan teman-temannya dan untuk menjadi dirinya sendiri.
Jika wanita terlalu mengongkong, mungkin untuk sementara pasangannya dapat bertahan atau memahaminya, namun tidak untuk jangka panjang. Dia akhirnya akan bosan dan berontak sehingga boleh menjejaskan hubungan.
7. Terlalu MemperlekehLelaki tidak menyukai wanita yang tidak menghargainya, apalagi memperlekehkannya. Wanita perlu bersikap lebih bijak untuk tidak membuat lelaki merasa direndahkan baik oleh sikap mahupun ucapan yang dihamburkan.Bila kamu hendak memperbaiki kekasih kamu yang terlalu banyak kelemahannya, kamu perlulah mendorongnya untuk berubah sedikit demi sedikit dgn cara yang sewajarnya iaitu tidak memperlekehkannya.
8. Terlalu MemilikiTidak ada seorang pun yang betul-betul ingin dimiliki oleh orang lain. Tentu saja dia kekasih kamu, namun bukan milik peribadi kamu.
Jadi biarkan dia juga dimiliki oleh dirinya sendiri, oleh teman-temannya, oleh keluarganya dan oleh orang lain.
9. Terlalu MenyanjungiKebiasaan memuji dan saling menghargai memang perlu. Selain untuk merapatkan hubungan, ia juga penting untuk meningkatkan rasa percaya diri kekasih kamu.
Tetapi kalau kamu terlalu sering menyogoknya dengan pujian dan sanjungan, kamu tidak saja merosak erti sebenar pujian , tetapi juga membuat si dia merasa bosan. Dia juga menganggap kamu tidak ikhlas.
10. Terlalu MenuntutMeskipun lelaki perlu dipacu semangatnya, namun terlalu menuntut bukanlah cara yang baik. Lelaki juga ada had kesabarannya dalam melayan karenah pasangannya yang terlalu menuntut itu dan ini. Lama-kelamaan dia akan jadi bosan dan tidak lagi mahu menurut kehendak pasangannya.
13 komen Tips Cinta Permalink Dipos oleh Haniey
20 Faktor Si Dia Boleh DipercayaiJanuari 14, 2008
Mempercayai seseorang bukanlah mudah sebenarnya. Jika baru mengenalinya tentu perasaan sangsi akan timbul dari sanubari. Ada juga yang sudah lama mengenali tapi masih juga belum mempercayai. Dalam satu perhubungan, tidak wajar sekiranya kamu masih tidak ada kepercayaan terhadap si dia. Walaupun mungkin kamu tidak akan mempercayai si dia seratus peratus, tapi tak salah kalau kamu meletakkan anggaran dibawah 70 peratus keyakinan kamu terhadapnya. Tapi mudahkah kamu melakarkan kepercayaan terhadap si dia? Sebenarnya ada faktor-faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan.
Faktor 1 - Konsisten.
Kamu mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi kamu apa yang dibicarakan tidak perlu disangsi kerana ianya ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan kamu. Tapi berhati-hatilah kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh ‘menjerat’ kamu. Siapa tahukan!
Faktor 2 - Boleh dikawal
Perkara-perkara yang bagi kamu adalah konsisten membuatkan kamu boleh menganggap adakah si dia boleh dikawal ataupun tidak. Contohnya, si dia akan datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat kamu. Maknanya kamu boleh ‘mengawal’ dirinya dari melakukan perkara yang tidak kamu sukai. Bukanlah bermakna kamu boleh mengongkongnya tetapi jika si dia menuruti kehendak kamu ini bermakna si dia mempercayai kamu dan tidak ragu-ragu dengan cara kamu.
Faktor 3 - Komitmen
Komitmen bukanlah sekadar menepati janji, tapi juga menghargai perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Jika kamu ataupun si dia berani berkomitmen dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan , tentu saja perhubungan kamu ceria dan aman. Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri masing-masing akan mewarnai lagi perhubungan kamu itu. Malah ianya akan membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran kamu terhadapnya. Jadi tiada alasan untuk si dia berlaku curang terhadap kamu.
Faktor 4 - Kejujuran
Kejujuran memang perlu untuk menjamin sebuah perhubungan yang bahagia. Kamu juga tidak patut menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya diketahuinya. Jika kamu dan si dia jujur , ini membolehkan kamu berdua tidak takut untuk berbahas kerana berpendapat ianya juga untuk kebaikan bersama. Walaupun adakalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing ingin mengutarakan pendapat sendiri, tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat yang terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.
Faktor 5 - Terima seada-adanya
Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan kamu. Bila hati sudah suka dan sayang, tentu saja kamu sanggup menerimanya walaupun menyedari tentunya ada perkara-perkara negatif tentangnya. Namun begitu, tentunya kamu dan si dia berusaha untuk berubah jika terdapat sikap-sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhubungan. Usaha kamu dan si dia ini menampakkan kesungguhan yang amat ketara demi menjamin perhubungan.
Faktor 6 - Perlu dimengertikan
Sebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah pihak. Malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri. Kamu juga tentunya berharap agar si dia mengerti tentang pandangan kamu terhadap pelbagai perkara. Jika tidak, mungkin perhubungan hanya mendatar saja. Bukan itu saja, kemarahan juga boleh timbul ekoran perasaan yang tidak dimengertikan dan menganggap diri kamu tidak dihargainya.
Faktor 7 - Simpati
Simpati adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam, seakan berusaha menempatkan diri kita di dalam emosi si dia. Sebenarnya tidak mudah melakukan perkara ini. Tapi bila dapat menimbulkan simpati, kebanyakan pasangan mampu mengatasi perkara-perkara yang boleh menimbulkan pertengkaran dan perselisihan pendapat kerana memahami sesuatu yang boleh mengganggu hubungan.
Faktor 8 - Diyakini
Bila rasa yakin, kamu boleh memberi pandangan bersama si dia. Baik dalam hal-hal remeh temeh hinggakan ke perkara yang serius. Kamu akan merasa si dia bukan saja mendengar malah akan menyimpan rahsia kamu. Apa yang penting kamu juga harus mengetahui dan berkeyakinan adakah si dia memang boleh menyimpan rahsia ataupun tidak!
Faktor 9 - Perbezaan pendapat
Memanglah tak dapat lari dari perbezaan pendapat antara kamu dan si dia. Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya seorang yang tidak berani menghadapi kenyataan. Tak mungkin akan selalu sama pendapat sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan masing-masing.
Faktor 10 - Elakkan dendam
Cinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan. Kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran sesebuah perhubungan. Walaupun pernah dilukai, namun perasaan dendam ataupun membalas balik mungkin tidak akan terlintas dalam fikiran. Bagi diri kamu, mungkin berdendam bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ianya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh sebab itulah kemaafan adalah perkara yang terbaik untuk menjernihkan suasana.
Faktor 11 - Berfikiran terbuka
Banyak pasangan merasakan tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa yang ada dibenaknya. Walaupun hakikatnya perkara itu sangat penting dan perlu disampaikan secepat mungkin bagi menggelakkan perkara yang tidak diingini akan berlaku. Oleh sebab itulah, jalan yang terbaik ialah setiap individu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima pendapatnya tanpa perlu berfikri panjang sebaliknya kita harus mendengarnya dahulu dan barulah membuat keputusan. Tak semestinya apa yang dikatakan tidak elok begitu juga sebaliknya.
Faktor 12 - Tulus dan jujur
Ketulusan dan kejujuran memainkan peranan yang penting dalam sesebuah perhubungan. Bukan saja dari segi perbuatan malah juga percakapan. Apa yang ingin disampaikan haruslah dengan niat sejujur yang mungkin dan bukanlah hanya untuk melindungi kesilapan. Pilihlah kata-kata yang sedap didengar dan senang dimengertikan. Melalui komunikasi, kita juga boleh ‘menangkap’ adakah si dia jujur dan tulus ataupun sebaliknya.
Faktor 13 - Tak selalu didampingi
Bukan semua orang sukakan kekasihnya sentiasa disisi. Ada juga yang inginkan sedikit kebebasan dan asal bijak mengawal diri itu sudah cukup memadai. Apa yang penting, jika si dia tidak menemani kamu, jangan pula berfikir yang bukan-bukan dan mulalah menganggap yang si dia sengaja mahu mengabaikan kamu. Singkirkan perasaan ini kerana ini bukanlah niatnya sebaliknya ingin memberikan kamu sedikit ruang untuk menjalani aktiviti sendiri.
Faktor 14 - Jauh di mata dekat di hati
Saat terpisah dek jarak yang jauh sebenarnya banyak mengajar kita erti rindu yang sebenar. Walaupun tempohnya agak lama, haruslah mempercayai jarak dan waktu tersebut tidak akan memisahkan diri kamu dan si dia. Perasaan ini harus wujud walaupun tidak selalu dapat bersua namun perasaan saling merindu dan menyayangi akan menguatkan lagi perhubungan kamu itu. Apapun teguhkan hati dan pendirian kamu bahawa hanya cinta si dia sahaja yang bertakhta di hati.
Faktor 15 - Persamaan
Persamaan antara kamu berdua akan menguatkan lagi rasa cinta bila masing-masing yakin bahawa hubungan itu diimbangkan dengan prioriti utama. Jangan hanya mementingkan hak seorang diri saja dan haruslah mengambil berat tentang kedua belah pihak. Sebenarnya kamu berdua saling memerlukan antara satu sama lain untuk memastikan keseimbangan dalam perhubungan.
Faktor 16 - Tak saling menyalahkan
Tak selalu hubungan yang terjalin berjalan lancar dan adakalanya ia akan ‘bergegar’ jua. Hubungan cinta yang lancar haruslah tidak dilandasi sikap saling menyalahkan. Apa yang terjadi merupakan interaksi dari dua pihak yang memiliki kebebasan mengeluarkan pendapat dan keinginan yng berbeza. Menyalahkan antara satu sama lain bukanlah boleh menyelesaikan masalah sebaliknya akan menjejaskan lagi hubungan. Keegoan mungkinlah penyebab mengapa kamu dan si dia saling menyalahkan antara satu sama lain.
Faktor 17 - Hormat-menghormati
Saling hormat-menghormati adalah dasar perhubungan yang positif. Kamu harus menghormati si dia dan begitu juga sebaliknya. Tapi jangan kerana terlalu menghormatinya hinggakan kamu berasa amat segan dengannya. Ini akan mendorong rasa malu dan segan untuk meluahkan apa yang kamu pendamkan dan membuatkan hubungan kamu sukar untuk berkembang. Oleh sebab itulah kamu perlu membatasi rasa hormat dan segan terhadap si dia.
Faktor 18 - Penghargaan
Tidak salah sekiranya kamu menghargai si dia. Bukannya hendak menyanjung tinggi ataupun terlalu memuja dirinya. Tetapi biarlah sekadar si dia tahu yang kamu amat mengharagi kasih dan dirinya. Caranya? Emmm… hanya kamu saja yang tahu bagaimana kerana lain orang lainlah caranya. Apapun kalau kamu memang sayangkannya, jangan segan silu untuk menunjukkan perasaan kamu serta jangan lupa harga perasaan dan dirinya.
Faktor 19 - Bukan materialistik
Bayangkanlah kalau kamu seorang yang materialistik? Mesti kekasih kamu ‘pokai’ dibuatnya. Mana taknya kalau kamu minta yang bukan-bukan. Dalam perhubungan, jangan sesekali kamu menjadikan wang sebagai punca utama mengapa kamu memilih si dia. Jika ianya terjadi, hubungan kamu mungkin sukar bertahan lama dan membuatkan si dia akan berprasangka terhadap kamu.
Faktor 20 - Perancangan bersama
Manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Tapi ada bagusnya kalau kamu dan si dia merancang sesuatu untuk menjamin kebahagian. Tentunya kamu sendiri inginkan yang terbaik demi masa depan bersama. Bukan mudah untuk mencipta kebahagiaan dan mengecapi kegemilangan dalam perhubungan. Pastinya semua mengimpikan sesuatu yang indah dalam perhubungan. Begitu juga kamu bukan? Apa perancangan kamu agaknya ye?
6 komen Tips Cinta Permalink Dipos oleh Haniey
Adakah Kamu Dan Si Dia Sehaluan?Januari 9, 2008
Setiap pasangan bercinta pasti akan merasai dunia ini mereka yang punya. ‘Cinta mencintai beerti memaafkan, memberi dan saling mengerti.’ Namun setiap perhubungan itu akan lebih bermakna jika setiap pasangan mempunyai prinsip yg sama. Mungkin pada kamu kini tidak perlu lagi timbul rasa sangsi di antara satu sama lain. Tapi, bagaimana pula jika kamu berdua berbeza prinsip?
Di mana temanmu itu sering memberi salah tanggapan terhadap apa yg kamu berikan atau kamu jenis pemaaf dengan setiap kesalahan yg dilakukan oleh temanmu.
Jika di dalam soal ini, kamu harus pandai memainkan perananmu utk menjamin kebahagiaan perhubunganmu. Jangan pula kamu sering timbulkan pergaduhan di saat bertemu. Kamu seharusnya mendalami hati dan perasaannya. Jangan terlalu menuduh melulu. Ia akan memberi kesan negatif pada kamu juga.
Masalah Pendidikan
Masalah pendidikan memang tidak dapat dipisahkan bagi golongan bercinta seperti kamu. Mungkin si dia lebih bijak dan pintar dari kamu atau sebaliknya. Tahap pemikiran kamu berdua mungkin agak berbeza. Di mana kamu mempunyai cara tersendiri utk menyelesaikan segala masalah. Tetapi mungkin si dia berlainan pula daripada kamu. Kamu harus menerima kenyataan, bahawa cara org yg mempunyai imaginasi dan taraf pemikiran yg tinggi mungkin mempunyai cara yg tersendiri utk melarikan diri daripada dibelenggu oleh masalah.Tetapi jgn kamu berasa tertekan dan terasa hati jika temanmu itu mempunyai taraf pendidikan yg lebih tinggi daripada kamu.Kadangkala dalam konteks menyelesaikan masalah, mungkin kamu lebih bermain dengan emosi dan perasaan. Walaupun begitu, ini bukanlah bermakna tarafmu terlalu rendah berbanding dengannya. Baginya kamu tetap sama, tiada rendah atau tinggi. Tetapi di dalam soal kepimpinan, kamu haruslah menghormatinya. Mungkin juga kamu merasai, kamu telah dibelakangi, tetapi jgn kamu membuat salah tanggapan terhadapnya. Si dia masih tetap menyayangimu.
Masalah Usia
Masalah usia sering dikaitkan dengan kematangan dan kedewasaan seseorang. Sekarang ini apa yg perlu kamu fahami ialah jika pasanganmu lebih tua usianya berbanding kamu. Walaupun umurnya lebih tua daripada kamu, ia bukanlah bermakna cara pemikiranmu lebih cetek berbanding dengannya.Cuba saling bertolak-ansur antara satu sama lain. Mungkin di dalam membina satu perhubungan kamu haruslah bersikap matang di mana jgn terlalu berprasangka buruk terhadap temanmu. Anggaplah si dia sudah menjadi hakmu sepenuhnya dan kamu pula adalah miliknya pula. Sementara itu, si dia akan terfikir bahawa kehadiranmu di dalam hidupnya telah memberi satu sinar baru dan mewarnai hidupmu.Jadi kamu harus bijak di dalam menjamin keharmonian dan keutuhan hubunganmu.
Masalah Keluarga
Mungkin ia telah menjadi kebiasaan apabila kamu dan pasanganmu tinggal di dalam bandar yg sama, taman perumahan yg sama dan pejabat yg sama. Jadi di dalam soal ini, kamu seharusnya memahaminya. Kadangkala masalah akan banyak timbul jika kita tinggal berdekatan.Pelbagai cabaran dan ujian yg akan datang utk menguji keutuhan perhubungan kita. Jadi, kamu haruslah memahaminya.Sepanjang perhubunganmu, pernahkah si dia membatalkan rancangannya utk berkunjung ke rumahmu. Tambahan pula pada ketika orang tuamu sedang menunggu kehadirannya. Jika ia berlaku di dalam hidupmu, kamu tidak boleh menyalahkan si dia. Kamu harus kaji kenapa si dia harus membatalkan niatnya. Di sini kamu harus berperanan sebagai seorang kekasih yg begitu memahami, mungkin juga si dia sibuk dgn tugasnya ketika itu. Kamu tahu kan itu semua utk kamu juga,kan?Mungkin dia juga mempunyai komitmen terhadap keluarganya juga pada waktu itu.
Kepercayaan
Perbezaan kepercayaan memang sering berlaku di dalam perhubungan. Namun begitu jika tiada sedikit pertelingkahan di dalam perhubungan juga tidak sah di dalam menjalinkan perhubungan. Kadangkala ia dapat memperkukuhkan sesuatu perhubungan itu. Kamu haruslah memainkan perananmu. Jgn terlalu mengongkong. Mungkin pernah berlaku di dalam hidupmu si dia membatalkan pertemuan di saat2 terakhir. Kamu haruslah cuba faham. Mungkin hari yg kamu tetapkan tidak sesuai baginya.
Masalah Keupayaan
Masalah ini normal berlaku kepada pasangan bercinta. Mungkin juga kamu lebih mementingkan soal perasaan dan belaian manja sedangkan si dia lebih mementingkan soal berdiri di bumi yg nyata. Namun ia bukanlah menjadi batu penghalang di antara kamu dan si dia. Oleh itu, jalan yg terbaik ialah sebelum kamu mengetahui prinsip yg dipegang olehnya, adalah lebih baik kamu jgn mengambil sebarang tindakan. Jika kamu mengambil tindakan yg melulu, ia mungkin akan merosakkan perhubungan juga. Kaji siapa dia dan siapa kamu. Mungkin masalah itu timbul daripadamu juga. Cuba bawa berbincang. Ia akan dapat menyelamatkan perhubungan.
Selasa, 18 Maret 2008
Langganan:
Posting Komentar (Atom)

Tidak ada komentar:
Posting Komentar